if i never see your face again ...
then i will find you and love you once more
time after time

Saturday, December 5, 2009

pendapat tentang isu penderaan kanak-kanak .

Pada pendapat saya , ibu bapa mendera anak-anak mereka dengan pelbagai sebab .
Punca pertama mereka mendera anak mereka ialah mereka tidak dapat mengawal emosi mereka ; ibu bapa mempunyai sikap mudah marah , ibu bapa mempunyai fikiran terganggu akibat kemiskinan atau berlaku pergaduhan keluarga . Punca kedua mereka mendera anak mereka ialah mereka mempunyai kurang kasih sayang kepada anak ; anak mereka dilahirkan tanpa kerelaan diri , mereka mempunyai anak-anak istimewa atau mereka mempunyai anak angkat dan tidak menyayangi mereka sebagai anak sendiri . Punca ketiga ialah pendidikan agama ibu bapa kurang ; ibu bapa rasa penderaan bukan satu kesalahan , ibu bapa mudah hilang pertimbangan kerana tidak memikirkan dosa atau pahala atau ibu bapa mudah ikut perasaan .
Cara pertama mengatasi penderaan kanak-kanak adalah kesedaran pada ibu bapa ; kempen menyayangi anak , memberi ibu bapa cereamah keagamaan kepada ibu bapa atau penjaga atau sedarkan ibu bapa tentang hak kanak-kanak , kanak-kanak dilindungi undang-undang . Cara kedua mengatasi penderaan kanak-kanak adalah dengan adakan undang-undang seperti hukuman penjara dan sebat , hukuman mati (jika penderaan kanak teruk hingga kanak itu meninggal dunia) , memisahkan anak daripada jagaan ibu bapa atau penjaga yang telah dihukum .
Masyarakat boleh melaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihat kes-kes penderaan berlaku di persekitaran mereka . Kesedaran dapat mewujudkan masyarakat yang selamat dan menyayang .

i know that i have loved you ... at 8:16 PM
fate crumbled all around 0 identities

Friday, July 3, 2009

tugasan cuti sekolah JUN 2009

TUGASAN CUTI SEKOLAH JUN 2009 .

1.
Detik Tengah Malam #08 - Rompakan Zoo , James Lee ( diterjemahkan oleh Shajaratuddur Halim) , MPH publishing , 2008 .

2.
Sewaktu Nicholas Liao pergi ke zoo , dia mendapati semua binatang-binatang di situ telah hilang dan hantu-hantu yang jahat telah menguasai tempat itu .

3.
watak yang saya suka ialah Shaiful kerana dia kreatif .

4.
Watak yang saya benci ialah Winnie dan Wendy kerana mereka suka mengganggu orang .

5.
kami tadak sepatutnya masuk mana-mana tanpa meminta izin .
kami tidak harus suka mengacau orang .
kami harus selalu bekerjasama .

6.
bunyi ketawa mengekek-ngekek yang agak ganjil kedengaran di telinga kami .
bunyi dentuman api di sekeliling kami .
jeritan kami bergema semasa kami terumbang ambing tersungkur ke dalam sebuah lubang yang gelap .
kami meneruskan langkah kami melalui kawasan yang lembap , dahan-dahan dan semak samun yang berbau .
peluh membasahi dan menitik ke muka kami menyebabkan mata kami terasa pedih .
airmata membasahi pipi .
mereka menukar haluan dan menujuh ke arah di mana wendy menghilang .
Kelihatan susuk tubuh seseorang muncul di hadapan kami.
kepulan asap kelihatan di merata-rata tempat .
tumbuh-tumbuha yang tebal menutupi sekeliling kami .

i know that i have loved you ... at 1:16 AM
fate crumbled all around 0 identities

Friday, March 20, 2009

Bagaimana kehidupan seharian kita akan terjejas jika peperangan berlaku lagi pada masa sekarang?

68 tahun yang lalu , Singapura terlibat dalam Perang Dunia Kedua ,WWII .
Rakyat Singapura di seksa dan semua orang berhidup dalam ketakutan .
Jika peperangan berlaku sekali lagi sekarang , kehidupan seharian kita akan terjejas .
Zaman sekarang , semua orang hidup dengan selesa .
Kita sudah mempunyai alat yang kami tidak boleh lepaskan , kita makan makanan yang sedap .
Jadi , jika peperangan berlaku sekarang , keadaan sekarang akan jadi lebih teruk dari keadaan dahulu .
Pada pendapat saya , kita tidak boleh hidup dalam masa peperangan .

i know that i have loved you ... at 11:33 PM
fate crumbled all around 0 identities

Tuesday, March 3, 2009

Akhlak Remaja

Bagi murid-murid 2E 2009:
Baru-baru ini, terdapat laporan berita mengenai keruntuhan akhlak ( behaviour , character , habit ) remaja khususnya remaja Melayu. Antaranya ialah mengadakan seks rambang ( tidak tetap ,mata keranjang ), menghidu gam, penagihan dadah dan merokok. Apakah sebab-sebab ini terjadi? Apakah kesannya terhadap masyarakat pada masa depan? Apakah usaha-usaha yang dijalankan untuk mengatasi masalah ini?

Sebab-sebab ini terjadi:
Pada pendapat saya , perkara-perkara seperti menghidu gam , penagihan dadahdan merokok berlaku kerana mungkin remaja-remaja ini tidak dapat banyak kasih sayang dari ibu bapa mereka , atau mereka rasa kesunyian dan mahu mendapatkan perhatian ibu bapa mereka , atau mereka dipaksa membuat demikian kerana kawan mereka , desakan kawan .
Bagi perkara seks rambang , mungkin remaja-remaja zaman sekarang ini mempunyai fikiran yang lebih terbuka dari remaja-remaja zaman dahulu . Ini menyembabkan remaja sekarang untuk melakukan kerja yang tidak berfaedah , seks rambang .

Kesan terhadap masyarakat pada masa depan :
Perbuatan-perbuatan ini mesti mengesahkan kesan terhadap masyarakat pada masa depan .
Oleh kerana perbuatan ini dilakukan kebanyakan oleh remaja-remaja melayu , masyarakat kita akan mempunyai pendirian yang lain terhadap kaum melayu .

Usaha-usaha yang dijalankan untuk mengatasi masalah ini :
Kita harus berusaha untuk tidak membuat perkara-perkara ini . Kami harus berfikir tentang perkara yang mustahak , seperti bersembahyang dan kami pun harus berfikir tentang ibu bapa kami . Mereka bekerja keras untuk memberi kami kehidupan yang selesa , memberi kami makanan dan minuman , dan juga pelajaran .

i know that i have loved you ... at 3:43 PM
fate crumbled all around 0 identities

Wednesday, April 9, 2008

PERKHEMAHAN 'NE' MENENGAH SATU

Topik bagi entri blog saya
hari pada hari ini ialah
"PERKHEMAHAN 'NE' MENENGAH SATU"
Perkhemahan itu berpanjangan
selama tiga hari, 10 hinnga 12 Mac.
Perkhemahan itu hanyadi siang hari sahaja.
Pada hari pertama, kami hadir ke
sekolah dengan pakaian senaman.
Sebelum jam tujuh pagi, kami
dibahagi-bahagikan kepada beberapa
kumpulan. Setiap Rumah mempunyai
tiga kumpulan.
Kumpulan-kumpulan untuk rumah EAGLE
adalah ESPLANADE, EUNOS
dan
EAST COAST.
Kumpulan-kumpulan untuk rumah FALCON
adalah FULLERTON, FAR EAST
dan FARRER PARK.
Kumpulan-kumpulan untuk rumah HAWK
adalah HOUGANG, HAVELOCK
dan HOLLAND VILLAGE.
Dan akhir sekali,
Kumpulan-kumpulan untuk rumah SWIFT
adalah SENTOSA, SIGLAP
dan SEMBAWANG.
Pada hari kedua, kami perlu
datang ke sekolah dalam
baju rumah(EAGLE,FALCON,HAWK,SWIFT)
dan seluar pendek sekolah kami.
kami melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti
menarik pada hari itu.
Pada hari ketiga, kami perlu
datang ke sekolah dalam baju perkhemahan
kami yang telah diberi pada hari pertama.
Baju perkhemahan kami unik kerana warna
baju bergantung kepada warna
rumah kami.
Kami pergi ke PANTAI CHANGI selepas
makan tengah hari kami. Tiba
sahaja kami di sana, hujan dengan
selebat-lebatnya turun.
Kami pun pulang ke sekolah.
Apabila kami tiba di
sekolah, kami bermain
mencari harta karun ataupun 'TREASURE HUNT'.
Selepas itu, kami ada
majlis penyampaian hadiah.
Akhirnya, kami pulang rumah.

i know that i have loved you ... at 6:03 AM
fate crumbled all around 0 identities

Wednesday, March 19, 2008

7 MAC 2008 - Larian Rentas Pulau

Pada 7 MAC, sekolah saya mengadakan
LARIAN RENTAS PULAU.
Kami bermula berlari dalam'rumah' kami:
FALCON, HAWK, SWIFT dan 'rumah'
yang terbaik.... EAGLE!!
Bagi kategori "'C' Girls", bagi pelajar
perempuan menengah stau dan menengah dua,
Kawan saya,
Charlene, menang. Rumah Charlene
pun EAGLE!!
Bagi kategori "'B' GIRLS", bagi pelajar
perempuan menengah tiga dan menengah empat,
EAGLE pun menang.

Apabila saya habis lari, saya
diberitahu yang saya adalah satu daripada
50 perempuan "'C' Girls" yang sudah habis
LARIAN RENTAS PULAU.
Saya pula terperanjat kerana tidak sangka saya
boleh lari cepat.

i know that i have loved you ... at 12:38 AM
fate crumbled all around 0 identities

Thursday, February 28, 2008

SUKAN OLIMPIK BELIA

'YOUTH OLYMPICS 2010' atau SUKAN OLIMPIK BELIA 2010 akan diadakan di SINGAPURA.
SINGAPURA telah menang untuk menjadi tuan rumah bagi SUKAN OLIMPIK BELIA. SINGAPURA telah mengalahkan MOSCOW. Saya berasa aat bangga kerana kami telah membuat sejarah untuk menjadi tuan rumah yang pertama bagi SUKAN OLIMPIK BELIA. Saya harap SINGAPURA akan lebih dikenali oleh semua di merata dunia.

i know that i have loved you ... at 4:51 AM
fate crumbled all around 1 identities

` here.waiting ;

    Nurul Atikah
    1e1 2e1
    sekolah menengah peirce

^reminds;me*of

that'.last>note