Saturday, December 5, 2009
pendapat tentang isu penderaan kanak-kanak .
Pada pendapat saya , ibu bapa mendera anak-anak mereka dengan pelbagai sebab .
Punca pertama mereka mendera anak mereka ialah mereka tidak dapat mengawal emosi mereka ; ibu bapa mempunyai sikap mudah marah , ibu bapa mempunyai fikiran terganggu akibat kemiskinan atau berlaku pergaduhan keluarga . Punca kedua mereka mendera anak mereka ialah mereka mempunyai kurang kasih sayang kepada anak ; anak mereka dilahirkan tanpa kerelaan diri , mereka mempunyai anak-anak istimewa atau mereka mempunyai anak angkat dan tidak menyayangi mereka sebagai anak sendiri . Punca ketiga ialah pendidikan agama ibu bapa kurang ; ibu bapa rasa penderaan bukan satu kesalahan , ibu bapa mudah hilang pertimbangan kerana tidak memikirkan dosa atau pahala atau ibu bapa mudah ikut perasaan .
Cara pertama mengatasi penderaan kanak-kanak adalah kesedaran pada ibu bapa ; kempen menyayangi anak , memberi ibu bapa cereamah keagamaan kepada ibu bapa atau penjaga atau sedarkan ibu bapa tentang hak kanak-kanak , kanak-kanak dilindungi undang-undang . Cara kedua mengatasi penderaan kanak-kanak adalah dengan adakan undang-undang seperti hukuman penjara dan sebat , hukuman mati (jika penderaan kanak teruk hingga kanak itu meninggal dunia) , memisahkan anak daripada jagaan ibu bapa atau penjaga yang telah dihukum .
Masyarakat boleh melaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihat kes-kes penderaan berlaku di persekitaran mereka . Kesedaran dapat mewujudkan masyarakat yang selamat dan menyayang .
i know that i have loved you ... at 8:16 PM
fate crumbled all around 0 identities
fate crumbled all around 0 identities